Frame sofa adalah kerangka yang diperbuat dari kayu lembut seperti meranti merah. Kenapa perlu kayu yang lembut?. Ini adalah kerana memudahkan sesuatu kerja dilakukan terutama semasa proses pemasangan fabrik keatasnya. Terdapat banyak kaedah yang perlu dibuat pertimbangan semasa proses perekaan kerangka. Ini termasuk merekabentuk bentuk sofa yang akan dihasilkan dari segi bentuk sofa setelah siap dan saiznya.
Di Dnan Sofa, pelanggan boleh mereka bentuk sendiri bentuk sofa yang dikehendaki disamping corak fabrik yang diminati mengikut keselesaan ruang dikediaman sendiri maupun dipejabat. Oleh sebab itu pembuatan frame sofa amat penting dari semua aspek. Ini termasuk bentuk, kekuatan frame dan lebih lasak.
Dnan Sofa
Sunday, 17 October 2010
Wing Chair
Wing Chair merupakan kerusi unik yang banyak digunakan di negara barat yang mana kini banyak juga terdapat di negara kita. Ianya merupakan kerusi yang mempunyai sepasang kekepak di kiri dan kanan. Disamping rupanya yang nampak lebih berprestij, ianya menampilkan ciri ciri kekuasaan dan keanggunan yang luar biasa.
Ianya memiliki sepasang kaki 'cabriole' dihadapan dan kaki kerusi lurus biasa dibelakang. Ada kala kaki depannya dihiasi atau diukir berbentuk cabriole kaki helang. Lagi banyak ukiran dikakinya maka lebih mahal harganya dan ianya juga berkait rapat dengan kualiti ukiran yang terdapat dikakinya.
Framenya pula diperbuat dari kayu lembut tapi lasak untuk memudahkan kerja kerja staple pemasangan kusyen. Frame ini pula mestilah teguh dan tahan lama kerana semasa kerja 'reupholstery' di lakukan, frame ini dapat bertahan dan tidak rosak dan boleh digunakan semula semasa kerja kerja menukar fabrik dilakukan.
Sofa
Sofa merupa kerusi yang diperbuat dari fabrik atau kulit yang direka untuk dijadikan alas duduk. Terdapat pelbagai jenis rupa atau design dipasaran. Bukan saja bentuk malah terdapat pelbagai warna yang dipilih untuk mudah digayakan dengan warna dinding rumah kediaman maupun pejabat.
Sofa mudah digayakan kerana ianya terdapat didalam pelbagai design. Apa yang penting kita dapat duduk dengan amat selesa dan tidak menyakitkan badan jika dibandingkan dengan kerusi kayu.
Tetapi tahukah anda bahawa kebanyakan sofa dipasaran direka tidak mengikut saiz pemiliknya yang kebanyakkannya adalah orang Asia. Sesetengah sofa pula hanya sesuai untuk orang yang berbadan kecil saja. Ini mungkin kerana pihak pengilang hanya mementingkan keuntungan dengan mengurangkan penggunaan fabrik. Tahu jugakah anda bahawa sofa dipasaran tidak direka mengikut 'egonomy' pemiliknya. Itulah yang menyebabkan kita merasa kurang selesa untuk duduk lama dan yang paling dikuatiri adalah kita akan merasa sakit sakit tulang atau sendi apabila menggunakan sofa didalam jangka masa yang lama.
Jadi bagaimana untuk penyelesaiannya?. Hubungi Dnan Sofa

Subscribe to:
Posts (Atom)