Sunday 17 October 2010

Wing Chair


Wing Chair merupakan kerusi unik yang banyak digunakan di negara barat yang mana kini banyak juga terdapat di negara kita. Ianya merupakan kerusi yang mempunyai sepasang kekepak di kiri dan kanan. Disamping rupanya yang nampak lebih berprestij, ianya menampilkan ciri ciri kekuasaan dan keanggunan yang luar biasa.

Ianya memiliki sepasang kaki 'cabriole' dihadapan dan kaki kerusi lurus biasa dibelakang. Ada kala kaki depannya dihiasi atau diukir berbentuk cabriole kaki helang. Lagi banyak ukiran dikakinya maka lebih mahal harganya dan ianya juga berkait rapat dengan kualiti ukiran yang terdapat dikakinya.




Framenya pula diperbuat dari kayu lembut tapi lasak untuk memudahkan kerja kerja staple pemasangan kusyen. Frame ini pula mestilah teguh dan tahan lama kerana semasa kerja 'reupholstery' di lakukan, frame ini dapat bertahan dan tidak rosak dan boleh digunakan semula semasa kerja kerja menukar fabrik dilakukan.

1 comment:

  1. How to get to Betway Casino via P2P in Dubai | JTM Hub
    Online betting 포항 출장샵 services such as Betway 용인 출장샵 are widely available in Dubai. 공주 출장마사지 Betway, one 사천 출장안마 of the best bookmakers in the UAE, 전주 출장안마 has not

    ReplyDelete